Al-Masjidil menjemput ahli kariah yang berminat untuk menyertai Rakan Masjid, kumpulan sukarelawan yang akan dipanggil berkhidmat untuk melicinkan acara-acara anjuran Al-Masjidil. Penyertaan adalah terbuka buat semua ahli kariah, tanpa mengira umur.
Al-Masjidil amat memerlukan tenaga untuk bergiat di bawah biro kebajikan, dan juga kepakaran IT untuk memantapkan lagi kehadiran Al-Masjidil secara digital. Bagi yang berminat, sila hubungi pejabat Al-Masjidil melalui telefon, emel ataupun hadir ke pejabat urusan masjid.
PENAFIAN:
Sayugia diingatkan Al-Masjidil adalah bersifat model contoh, dan bukti konsep pengurusan sebuah masjid di dalam daerah Petaling, Selangor. Ini bermakna maklumat yang ada, adalah berkemungkinan rekaan untuk dijadikan gambaran mengenai data yang boleh diisikan sekiranya ini merupakan laman sawang sebuah organisasi masjid yang sebenar. Talian nombor yang tertera, alamat emel adalah kepunyaan Adee untuk tujuan perhubungan rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Al-Masjidil. Sementara itu, maklumat di dalam akaun-akaun media sosial, dan akaun applikasi sembang atas talian adalah sebahagian daripada penyampaian konsep Al-Masjidil.



