Maklumat Mengenai niaga

Memperkenalkan niaga, sebuah laman e-dagang khusus buat peniaga kecil yang ingin menambahkan jualan melalui perniagaan atas talian.

Khusus buat pengguna berskala kecil, seperti peniaga gerai atau restoran yang menyediakan khidmat penghantaran sendiri, atau ingin menyediakan pilihan buat pelanggan mereka membuat tempahan dan membuat ambilan sendiri. Pelanggan boleh membuat pembelian dan pembayaran di laman web tersendiri, atau melalui applikasi Telegram tanpa perlu memasang apa-apa applikasi khas. Tanpa applikasi pihak ketiga yang mengenakan kadar yang tinggi, harga boleh dikekalkan rendah untuk tidak membebankan pelanggan.



Menariknya, laman niaga juga boleh digabungkan dengan applikasi Telegram. Ini bermakna seorang pembeli boleh membuat pesanan melalui Telegram. Peniaga dan pembeli akan menerima pemberitahuan mengenai pesanan mereka melalui Telegram. Berikut ialah beberapa imej daripada laman niaga, dan juga applikasi Telegram untuk pencerahan. Jika anda pengguna Telegram, jemput berinteraksi dengan bot Telegram niaga di sini.