ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Difahamkan cuti sekolah penggal kedua telah bermula pada hari ini. Pihak pengurusan Al-Masjidil ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti dan semoga dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu adik-adik dan keluarga. Sekiranya berminat, pihak pengurusan sentiasa mengalu-alukan kehadiran adik-adik untuk menjadi Rakan Masjid.
Program Rakan Masjid tidak terhad di masa cuti sekolah saja, namun terbuka sepanjang masa. Peserta Rakan Masjid akan terlibat dengan kegiatan sukarela, dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan lain seperti lawatan sambil belajar, ataupun aktiviti luar seperti riadah alam, riadah sukan dan sebagainya. Sila hubungi pengurusan Al-Masjidil di pejabat ataupun di laman Rakan Masjid.



