Pihak Al-Masjidil ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke 60. Pada hari istimewa ini, marilah kita bersama-sama meraikan semangat perpaduan, kepelbagaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara yang kita cintai. Raikanlah Hari Malaysia dengan perpaduan di kalangan seluruh masyarakat negara ini. Semoga negara tercinta ini terus berkembang maju dan kekal sejahtera.

Selamat Hari Malaysia



