Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyeru semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah selama tujuh hari berturut-turut bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.
Selaras dengan ini pihak Al-Masjidil akan mengadakan melaksanakan solat hajat setiap hari setelah solat Isyak, dan membaca Qunut Nazilah pada setiap waktu solat fardhu. Diharapkan para jemaah, meramaikan Al-Masjidil, dan mendoakan keselamatan dan kemenangan buat saudara kita di negeri Palestin.
Semoga kemenangan dan keamanan buat rakyat Palestin akan tercapai dengan doa seluruh umat Islam lalu memperoleh bantuan dari Allah.
آمين يا رب العالمين



