Poster kempen tajaan buka puasa 1445H.

Kempen Tajaan Buka Puasa Ramadhan 1445H

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Pihak pengurusan Al-Masjidil seperti biasa akan mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan ini. Tajaan harian bernilai RM3,500 sehari (untuk jangkaan 300 orang), atau terpulang kepada pihak penaja. Kriteria hidangan termasuklah hidangan utama, seperti nasi berlauk (termasuk sayur), buah dan hidangan air, dan pencuci mulut, seperti buah. Kurma dan kuih-muih boleh disediakan secara berasingan, namun tidak wajib (pihak masjid akan menyediakannya jika tiada penaja).

Sila hubungi wakil pengurusan Al-Masjidil melalui telefon, emel ataupun hadir ke pejabat urusan masjid di waktu pejabat.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Search:
{{titleItem}}
{{item}}
< Previous   |   Next >
{{titleItem}}

Related posts: