Kempen Bantuan Mangsa Kebakaran

Keratan akhbar contoh dengan laporan kebakaran.

Keratan Akhbar Kejadian

Pada hari Isnin 8 Mei 2023, penduduk Apartment Pangsapuri telah digemparkan dengan jeritan meminta tolong pada sekitar 3.45 pagi. Keadaan cemas ini adalah disebabkan berlakunya kejadian kebakaran yang berpunca daripada litar pintas.

Asap tebal dan api yang marak bermula dari tingkat tiga bangunan pangsapuri ini telah merebak ke tingkat empat, dan menyebabkan kerosakan kepada lapan buah unit. Kerosakan unit rumah adalah dahsyat, empat unit mengalami kemusnahan teruk, dan cuma dua daripada lapan unit yang terjejas ini sahaja yang boleh didiami. Alhamdulillah, tiada kemalangan nyawa atau kecederaan teruk dilaporkan.

Beberapa unit kenderaan juga telah rosak akibat serpihan bangunan yang jatuh, dan ada juga yang terbakar. Hasil dapatan Biro Kebajikan, sembilan keluarga telah terjejas. Ada yang telah berpindah menumpang di rumah saudara mara buat sementara, dan ada yang ditempatkan di Dewan Masyarakat buat masa ini. Pihak Al-Masjidil dan wakil rakyat tempatan, YB. Muhammad telah menjalan kempen secara kerjasama untuk meringankan beban mangsa-mangsa ini.

Bantuan daripada pihak YB telah disampaikan pada 9 Mei 2023, dan pihak Al-Masjidil pula menguruskan bantuan untuk kelangsungan hidup mangsa-mangsa ini. Bantuan yang dipinta adalah pakaian lelaki dan wanita, dewasa dan juga kanak-kanak. Ada dua bayi berusia bawah setahun dan 3 tahun juga memerlukan kelengkapan dan keperluan seperti susu dan lampin.

Pihak Al-Masjidil akan mengadakan kutipan tunai, sehingga 12 Mei 2023 (selepas solat Jumaat) dan kutipan keperluan lain akan diteruskan sehingga 20 Mei 2023. Sila hubungi pejabat Al-Masjidil untuk menghulurkan bantuan.

Related posts: