Poster kempen Program Santuni Muallaf.

Program Santuni Muallaf

Program Santuni Muallaf diteruskan untuk kali ke 11, setelah dua tahun diketepikan kerana kekangan Covid-19. Program ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan pengislaman, khususnya dalam pembelajaran, kebajikan dan jagaan saudara muslim. Selain itu, maklumat saudara muslim juga dapat diperolehi dengan segera khususnya apabila berlaku kecemasan dan mengelakkan berlakunya pertindihan tuntutan jenazah. Muallaf yang berdaftar dengan JAKIM dan ahli kariah adalah dijemput menjadi peserta, dan sesiapa yang berminat untuk menyumbang untuk saudara muslim kita adalah dialu-alukan,

Bantuan yang digalakkan adalah penempatan yang mesra muslim (kebanyakan muallaf dibuang keluarga setelah memeluk Islam), dan peralatan untuk kelangsungan hidup. Saguhati Aidilfitri pada tahun ini merupakan bakul makanan bernilai RM100 dan wang tunai. Sesiapa yang berminat untuk menjadi petugas atau membuat sumbangan, sila berhubung dengan pejabat melalui telefon, emel ataupun hadir ke pejabat di waktu pejabat.

Related posts: