Poster Kempen Tajaan Buka Puasa Ramadhan 1444H.

Kempen Tajaan Buka Puasa Ramadhan 1444H

Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Pihak pengurusan Al-Masjidil seperti biasa akan mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan ini. Tajaan harian bernilai RM3,000 sehari (untuk jangkaan 200-250 orang), atau terpulang kepada pihak penaja. Kriteria hidangan termasuklah hidangan utama, seperti nasi berlauk (termasuk sayur), buah dan hidangan air, dan pencuci mulut, seperti buah. Kurma dan kuih-muih boleh disediakan secara berasingan, namun tidak wajib (pihak masjid akan menyediakannya jika tiada penaja).

Sila hubungi wakil pengurusan Al-Masjidil melalui telefon, emel ataupun hadir ke pejabat urusan masjid di waktu pejabat.

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Search:
{{titleItem}}
{{item}}
< Previous   |   Next >
{{titleItem}}

Related posts: