Poster kempen infaq kembali ke sekolah.

Kempen Kembali Ke Sekolah 2023

Kempen Al-Masjidil kali ini bertujuan untuk melegakan tanggungan buat ahli kariah yang dihimpit tekanan ekonomi ekoran wabak Covid-19. Sesi persekolahan untuk 2023 merupakan sesi penuh pertama sejak fasa endemik diisytiharkan di negara kita.

Pihak pengurusan Al-Masjidil banyak menerima laporan dan permintaan untuk mendapatkan kelengkapan sekolah, baik yang baru dan lama untuk anak-anak yang akan kembali ke sekolah. Pihak masjid mendapati ada 27 keluarga, dengan 58 pelajar (31 sekolah rendah, 27 sekolah menengah) yang memerlukan bantuan. Kita pastinya tidak inginkan anak-anak muda ini terbuang masa depannya kerana tidak mampu hadir ke sekolah.

Maka dengan ini, kami mengalu-alukan sumbangan baik dari segi kewangan, atau peralatan seperti alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, atau tajaan untuk tambang pengangkutan (atau perkhidmatan penghantaran) dan lain lain.

Sila hubungi pejabat Al-Masjidil melalui telefon, emel, ataupun hadir ke pejabat di waktu pejabat untuk maklumat lanjut.

Related posts: