ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ
Saban hari demam pilihan raya negeri semakin hampir dan kian terasa. Dengan ini pihak pengurusan Al-Masjidil ingin mengingatkan semua agar mematuhi larangan menjadikan masjid dan surau sebagai medan politik. Ini adalah selaras dengan arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda sejak 2018 bertitah agar masjid dan surau menjadi tempat beribadat yang aman dan sejahtera serta tidak dipolitikkan.
PRN: Perketat kawalan masjid, surau elak jadi medan politik – JAIS
Sekian, harap maklum.
ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ



