إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Ismail bin Yakob (Pak Mail – Guru Mengaji Quran, ayah kepada Wan tukang masak) dari Apartment Pangsapuri, telah kembali ke Rahmatullah hari ini, Sabtu, 7 Jun 2025 / 11 Zulhijjah 1446H pada pukul 5:57 pagi tadi.

Urusan Pengkebumian Jenazah

Insya-Allah, jenazah dijangka tiba di masjid sekitar 8 pagi ini, dan solat jenazah akan dilakukan sekitar 10 pagi ini, Sabtu, 7 Jun 2025 / 11 Zulhijjah 1446H. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Parit.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.

Al Fatihah buat keluarga allahyarham, semoga tabah dengan dugaan Allah. Pihak waris memohon kepada semua agar sesiapa yang masih ada hutang bersama arwah, untuk menghubungi Ridzwan (anak allahyarham) di talian 012-34567890,  dan minta ampunkan dan maafkan salah silap beliau.

Sekiranya tuan/puan ingin membuat sumbangan kepada keluarga waris, sila hubungi nombor di atas, atau melalui AJK masjid.

Related posts: