Poster kempen infaq Tabung Palestin.

SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan Bin Ahmad, Pengarah JAIS telah melancarkan Kempen Tabung Palestin untuk seluruh masjid dan surau kelolaan negeri Selangor bermula semalam.

Di peringkat kariah Taman Shiddiq Utama, majlis pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Faizal Bin Abdul Raji, Timbalan Pengarah Pengurusan JAIS.

Majlis dimulakan dengan solat Jumaat serta solat hajat khusus kepada rakyat Palestin dan diakhiri dengan majlis pelancaran tabung tersebut.

Pelancaran tabung tersebut merupakan solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ke Tabung Palestin melalui akaun Al-Masjidil (Miaobank 164200000000), ataupun akaun JAIS (CMB 86-000000-0). Sila letakkan butiran PALESTIN untuk sumbangan anda. Anda juga boleh membuat sumbangan melalui E-Niaga Al-Masjidil di sini.

Semoga tabung yang dilancarkan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan rakyat negara ini dan seterusnya mewujudkan pepaduan dalam kalangan masyarakat.

Semoga kemenangan dan keamanan buat rakyat Palestin akan tercapai dengan doa seluruh umat Islam lalu memperoleh bantuan dari Allah.

آمين يا رب العالمين

Kempen ini akan berakhir pada 24 November 2023.

Related posts: