
Kempen bermula 1 Februari 2024.
Kempen Infaq Panel Solar telah dilancarkan secara rasmi bermula 1 Oktober 2025 bersamaan 9 RabiulAkhir 1446H, dengan kerjasama Syarikat GreenTech Energy, yang telah bersetuju untuk menampung separuh daripada kos pemasangan panel solar untuk menjana elektrik untuk kegunaan Al-Masjidil dan Tahfiz Al-Masjidil.
Untuk pengetahuan semua, perbelanjaan elektrik boleh mencecah sehingga RM4,500 sebulan, atau sekitar 5,000 ke 6,000 kWh sebulan. Sebahagian besar kos ini disalurkan buat pembelajaran anak-anak tahfiz sekitar 200 orang (untuk sesi terkini) yang terbahagi kepada 7 kelas. Ini merupakan belanja yang tidak dapat dielakkan, dan seringkali juga pihak pengurusan terpaksa memantau secara kerap untuk mengekang pembaziran elektrik seperti lampu atau kipas yang tidak ditutup setelah digunakan oleh pengunjung masjid.
Setelah berbincang dengan pihak GreenTech Energy, kesepakatan telah dicapai untuk menanggung kos pemasangan secara bersama dengan kadar 50:50. Pihak GreenTech Energy mencadangkan pemasangan panel solar berkuasa 50kW, yang boleh menjana kira-kira 6,000 kW sebulan (bergantung kepada keadaan cuaca, pada kadar 1kW panel solar=4kWh sehari.) Panel solar ini mempunyai jangka hayat selama sekurang-kurangnya 40 tahun. Penjanaan elektrik yang berlebihan akan dimasukkan ke dalam grid elektrik dan ‘dibeli’ oleh TNB, dan ini akan dijadikan rebat pembayaran bil elektrik TNB.
Pemasangan akan dimulakan sebaik saja pihak pengurusan Al-Masjidil berjaya mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 dan tempoh pemasangan dijangka mengambil masa dua minggu.
Ayuh, jom berinfaq untuk pemasangan panel solar untuk Al-Masjidil. Sila nyatakan ‘Panel Solar’ sebagai tujuan infaq jika ingin membuat sumbangan menggunakan kod QR, atau gunakan pautan ke laman eNiaga Al-Masjidil di bawah ini, untuk membuat sumbangan dengan jumlah tertentu.

Infaq melalui kod QR.




